Welcome To www.johnytim.com Blog

Monday, August 30, 2010

Tune Talk Lancar Projek Amal Sempena Ramadan

Be The First To Comment
PETALING JAYA, 25 Ogos 2010 – Bersempena bulan Ramadan dan ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Tune Talk telah melancarkan satu projek amal di mana sebahagian kutipan tambah nilai yang dibuat pelanggannya sepanjang bulan yang mulia ini akan disalurkan kepada sebuah badan kebajikan yang dipilih oleh para pelanggan Tune Talk sendiri.
Jason Lo showing the 7292 SMS code that spells RAYA
Sebagai permulaan, para pelanggan Tune Talk dijemput untuk menamakan badan kebajikan pilihan mereka dengan menghantar nama organisasi tersebut melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 7292 (R-A-Y-A). Proses penamaan ini bermula 23 Ogos lepas dan akan berakhir 5 September 2010.

Tuesday, August 24, 2010

Seks Dalam Kereta

Be The First To Comment
ALOR SETAR - Kehadiran Ramadan yang mulia ini seolah-olah tidak membawa sebarang makna bagi pelacur dan pondan serta pelanggan mereka yang kebanyakannya beragama Islam apabila tidak segan silu melakukan tawar menawar di lokasi baru mereka di perkarangan Stadium Darulaman.
Pelacur dan pondan terbabit dipercayai baru menjadikan pekarangan stadium itu sebagai `port' mereka berikutan kawasan lama di sekitar Stesen Keretapi Alor Setar kini dibangunkan untuk projek landasan elektrik berkembar Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).

Celcom Axiata Terbit Sukuk RM4.2 bilion

Be The First To Comment
CELCOM Axiata Bhd (Celcom) menerbitkan sukuk bernilai RM4.2 bilion kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), CIMB Islamic Bank Bhd dan Malayan Banking Bhd dalam usahanya mengumpul modal untuk memperkukuh serta membentuk sinergi dalam operasinya.

Peneraju pengendali perkhidmatan mudah alih itu dalam kenyataannya berkata, sukuk yang belum diberikan penarafan itu diterbitkan sebagai sebahagian daripada proses dalaman untuk menyelaraskan fungsi perniagaan dan mewujudkan entiti berpusatkan rangkaian.

Ketua Eksekutif Celcom dan Pengarah Celcom Transmission (M) Sdn Bhd (CTX), Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata syarikat itu akan terus mencari peluang untuk meningkatkan kos dan kecekapan operasi.

Langkah dalaman ini adalah sebahagian inisiatif meluas kumpulan Axiata untuk peringkat akhir transformasi operasi serantau untuk memacu kecekapan, meningkatkan penjimatan kos serta mewujudkan nilai.

Tingkat Pengguna BlackBerry Prabayar

Be The First To Comment
CELCOM Axiata Bhd yakin asas pelanggan BlackBerry prabayarnya dapat ditingkatkan sekali ganda menjelang hujung tahun ini dengan pengenalan Pelan BlackBerry Messenger (BBM).
Gambar Hiasan
Pengarah Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin, berkata Pelan BBM disasarkan khusus untuk pelanggan prabayar Xpax, yang majoritinya golongan muda, berkomunikasi dengan komuniti BlackBerry dari semua rangkaian telekomunikasi tanpa mengehadkan akses.

Thursday, August 19, 2010

New Promotional Gig as Tune Talk Turns One!

Be The First To Comment
PETALING JAYA, 19 August 2010 – Tune Talk, the country’s fastest growing prepaid mobile service operator turns one today, having exceeded its target of registering a million subscribers in its first year of operation.

“Twelve months in this business has taught us a lot. We have positioned Tune Talk to be one of the key players in the market and our brand is now recognisable all over Malaysia. Having activated over 1.2 million subscribers so far, we aim to do a lot more in the years to come,” said CEO Jason Lo.
We're 1! Tune Talk CEO Jason Lo (left) with cruiser team members
To further strengthen its marketing drive Tune Talk is embarking on a new promotional drive with cruiser teams scaling throughout Malaysia promoting Tune Talk and its services along with prizes, fun and games and of course, free flights.
 

© 2011 Johny Tim - Designed by Mukund | ToS | Privacy Policy | Sitemap

About Us | Contact Us | Write For Us